Wednesday, October 13, 2010

Sifat Penjual: Peka


Sifat peka dan jujur dalam mencadangkan produk berdasarkan kepentingan prospek amat penting. *gambar hiasan


Satu perkara yang saya pelajari dalam menjalankan perniagaan ialah sifat peka perlu ada. Sifat peka adalah sifat yang menjadikan kita lebih sensitif kepada keperluan pembeli. Kita akan sentiasa aware dengan keperluan mereka, dan tidak akan menjual kepada mereka apa yang kita fikir mereka tidak perlukan. Adakalanya pelanggan = ingin membeli produk kita, tetapi kerana kita tahu mereka takkan menggunakannya, maka kita perlu memberikan nasihat yang tepat, iaitu jangan beli produk kita yang mereka inginkan.  Sebaliknya kita tunjukkan produk yang lebih sesuai dan memberikan justifikasi yang jujur.
Orang yang peka dan jujur akan lebih dipercayai oleh pelanggan. Pelanggan hari ini boleh melihat penjual seperti air kosong, transparent dan mudah mengetahui kalau ada sesuatu yang tidak kena pada jurujual dalam masa beberapa saat bercakap dengan jurujual tersebut. Jurujual yang sangat sukses hari ini, merasakan bahawa mereka akan berkhidmat untuk pelanggan mereka, selama yang boleh, mungkin 10 atau 20 tahun lagi. Jadi mereka tidak akan menjual sebarang produk yang tidak bagus untuk pelanggan.
Pernahkah anda melihat jurujual MLM dan serta merta anda terasa tidak selamat bercakap dengan beliau, merasa terpaksa dan seterusnya cuba menjauhkan diri? Kebanyakan jurujual MLM yang baru tidak menyedari keperluan jangka panjang dalam menjadi peka dan jujur. Sebaliknya lebih memikirkan keuntungan jangka pendek. Hasilnya mereka gagal dalam masa sebulan yang pertama.
Tips di atas adalah salah satu dari 7 sifat yang saya akan tekankan dalam kursus teknik jualan yang akan diadakan pada 17hb ini, khas untuk student fotografi adhadi mohd.
Sifat yang perlu ada pada penjual
  • Peka
  • Jujur
  • Bermatlamat
  • Merancang dan menjalankan aktiviti
  • Menegaskan kemampuan diri sendiri
  • Menambah ilmu setiap hari
  • Menganalisa setiap hasil aktiviti

No comments:

Post a Comment