Wednesday, October 13, 2010

Sifat Penjual: Peka


Sifat peka dan jujur dalam mencadangkan produk berdasarkan kepentingan prospek amat penting. *gambar hiasan


Satu perkara yang saya pelajari dalam menjalankan perniagaan ialah sifat peka perlu ada. Sifat peka adalah sifat yang menjadikan kita lebih sensitif kepada keperluan pembeli. Kita akan sentiasa aware dengan keperluan mereka, dan tidak akan menjual kepada mereka apa yang kita fikir mereka tidak perlukan. Adakalanya pelanggan = ingin membeli produk kita, tetapi kerana kita tahu mereka takkan menggunakannya, maka kita perlu memberikan nasihat yang tepat, iaitu jangan beli produk kita yang mereka inginkan.  Sebaliknya kita tunjukkan produk yang lebih sesuai dan memberikan justifikasi yang jujur.
Orang yang peka dan jujur akan lebih dipercayai oleh pelanggan. Pelanggan hari ini boleh melihat penjual seperti air kosong, transparent dan mudah mengetahui kalau ada sesuatu yang tidak kena pada jurujual dalam masa beberapa saat bercakap dengan jurujual tersebut. Jurujual yang sangat sukses hari ini, merasakan bahawa mereka akan berkhidmat untuk pelanggan mereka, selama yang boleh, mungkin 10 atau 20 tahun lagi. Jadi mereka tidak akan menjual sebarang produk yang tidak bagus untuk pelanggan.
Pernahkah anda melihat jurujual MLM dan serta merta anda terasa tidak selamat bercakap dengan beliau, merasa terpaksa dan seterusnya cuba menjauhkan diri? Kebanyakan jurujual MLM yang baru tidak menyedari keperluan jangka panjang dalam menjadi peka dan jujur. Sebaliknya lebih memikirkan keuntungan jangka pendek. Hasilnya mereka gagal dalam masa sebulan yang pertama.
Tips di atas adalah salah satu dari 7 sifat yang saya akan tekankan dalam kursus teknik jualan yang akan diadakan pada 17hb ini, khas untuk student fotografi adhadi mohd.
Sifat yang perlu ada pada penjual
  • Peka
  • Jujur
  • Bermatlamat
  • Merancang dan menjalankan aktiviti
  • Menegaskan kemampuan diri sendiri
  • Menambah ilmu setiap hari
  • Menganalisa setiap hasil aktiviti

Monday, October 11, 2010

Masa itu nyawa...

Masa adalah nyawa... satu saat masa terbuang, satu saat juga nyawa anda terbuang.


Ruginya kalau setiap saat hidup kita dihabiskan untuk perkara yang sia sia. Apa perkara paling bernilai dalam hidup anda?


Apa perkara yang kalau anda boleh mulakan semula hari ini, anda akan buat differently untuk capai better result?


Sesetengah orang inginkan relationship yang baik dengan seseorang, jadi lebih baik anda mulakan langkah anda sekarang sebelum insan itu diambil orang.


Sesetengah orang inginkan kekayaan, why wait? why not start now. Mulalah belajar dari insan-insan yang telah berjaya, langkah langkah yang mereka telah gunakan untuk berjaya. Kadangkala anda cuma satu atau dua skill daripada apa yang anda perlukan untuk menjadi sukses. Dan semua skill boleh dipelajari. Sekiranya anda boleh belajar memandu, anda boleh belajar apa juga skill.


Dan kebanyakan skill sudahpun ditulis atau dirakam, anda hanya perlu dapatkan dikedai buku saja.

Sunday, October 3, 2010

Tips promosi : Pastikan orang lain tahu tentang bisnes anda

Antara yang saya selalu dengar dari perlis sampai lah ke sabah ialah :


"Saya seganlah nak beriya-iya promo bisness ni. Nanti orang kata apa pulak"


Komen saya :


Anda segan kerana, anda terlalu memikirkan tentang diri anda secara peribadi. Masalah ini bukan masalah orang melayu saja. Semua orang, apabila anda dewasa, anda mula sangat concern tentang diri sendiri. Kita sentiasa risau dan takut memikirkan apa yang ORANG LAIN FIKIRKAN TENTANG ANDA. Anda risau anda akan buat kesilapan dan orang lain akan mengeji anda. Anda takut dikatakan bodoh, anda takut dipanggil loser sekiranya bisnes anda gagal, anda takut dikatakan cedok periuk nasi orang, anda takut itu dan ini.....


Nasihat saya ialah :


Sekiranya anda tidak buat promosi business anda, cuba memperkenalkan business anda kepada orang lain, orang lain takkan tahu tentang business. Memang banyak cara untuk memperkenalkan business, itu HOW TO dia. Ramai yang boleh ajarkan caranya. tetapi sekiranya minda masih ada pemikiran malu dan segan, bermasalah lah. So... pedulikan apa orang lain kata.


Hakikatnya, terlalu sedikit orang lain fikirkan tentang anda. Mereka lebih banyak memikirkan tentang diri sendiri. Mereka juga ada famili sendiri. Anda connect dengan orang lain, cuma partially saja, maybe 0.01 percent dari masa anda dan mereka. Masa yang selebihnya mereka gunakan untuk memikirkan tentang diri mereka sendiri.


Sekiranya anda tidak mula mempromosi business anda hari ini, 2 minggu, 2 bulan, 2 tahun pun prospek takkan dengar tentang diri anda. Mereka tidak tahu option yang ada apabila memilih product yang mereka ingin cari. Kita tidak pernah tahu, apa orang nak. Sometimes, product anda yang terbaik untuk mereka! dan anda merupakan orang yang paling mereka suka untuk tugas itu. Tetapi kerana tiada promosi, nama anda tidak pernah didengar, tiada siapa tahu anda seorang peniaga foto. Alangkah ruginya.. mungkin anda fikir, tak apa lah, satu sale saja. Satu sale may lead to another. Apabila anda dapat close satu sale, anda rasa gembira dan confident, anda akan cuba buat sale lagi. Sales yang akan anda buat, 2-3 bulan lagi, mungkin adalah hasil promosi yang anda lakukan hari ini.


Jangan risau apa yang orang lain kata. Anda bukan nak rompak bank. Anda bukan buat perkara keji. Anda berniaga, anda berkerja, dan anda berjihad fisabillilah untuk menyara dan memikirkan masa depan keluarga.

Saturday, October 2, 2010

Sponge

Ada research kata, kita manusia macam sponge yang menyerap air. Kita duduk dalam kalangan orang berjaya, orang positif, lama kelamaan kita akan terapkan pemikiran positif. Kalau kita duduk dalam kalangan orang malas, orang suka komplen, orang suka mengata orang lain, lama lama kita jadi macam itu juga.

Tips Untuk Berani Berusaha

Untuk sukses, anda perlu ada keberanian untuk mencuba tanpa sebarang jaminan untuk berjaya. Banyak orang takut mencuba kerana mereka terapkan imej kegagalan dalam imaginasi mereka.


Kebanyakannya akan berkata tak boleh, tak pandai. Semua ni ayat orang yang gagal. Ubah imaginasi anda kepada imej kejayaan.


Cuba setiap hari untuk mendekatkan diri kpd matlamat anda. Kalau gagal, cuba lagi.. hingga anda capai imaginasi anda. Sekiranya anda takut gagal, cuba pertimbangkan perkara ini.


Setiap kali anda gagal, sebenarnya anda akan menerima feedback. Anda akan menerima maklumat baru tentang apa yang anda sedang usahakan. Daripada feedback dan maklumat ini, anda boleh memperbaiki strategi anda. Jadi sekiranya setiap kali apa yang anda usahakan akan memberikan maklumat baru apabila ia tidak berjalan seperti dirancangkan, maka sebenarnya tiada kegagalan, dan mustahil untuk anda gagal.


Apakah yang anda akan idamkan sekiranya anda tahu, anda tidak akan gagal?