Salam. Hari ini saya masih nak cerita tentang tentang meningkatkan sale. Yup.. sale amat penting.. jumlah jualan juga amat penting, keuntungan sangat penting apabila berniaga. Dari perlis sampai ke johor ramai yang beritahu sukar nak tukar harga kerana memang harga tempat sudah macam itu. Tak mengapa, kita selesaikan masalah kita satu persatu.
Apabila berniaga, kita seharusnya mendapatkan keuntungan. Sekiranya anda berminat dengan amal jariah, dengan caj begitu rendah sampai tidak cover equipment anda pun, sebenarnya anda telah menganiaya keluarga anda. Setiap minggu anda tinggalkan mereka untuk mengambil foto wedding tetapi tiada keuntungan yang boleh digunakan untuk masa depan anak-anak dan isteri, contohnya saving ketika anda sakit? wajarkah ini? orang kata bersederhanalah. Beramal jariah jangan sampai kepentingan anak dan isteri diabaikan. Anda harus fikirkan semua ini. Jangan fikir saya mengajar anda menjadi tamak, saya ingin anda menjadi bersedia. orang tua kata sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak akan sihat selama-lamanya. Kalau kita tidak start mengumpul hari ini, bila lagi?
Saya ada juga belajar muamalat kecil kecil dulu disekolah tetapi pemahaman tentang muamalat sangat sedikit, saya lebih berminat ilmu munakahat masa itu. Saya bukan authorized person dalam bidang ini. Ini pendapat saya saja. Saya juga masih belajar. Kalau anda mahu baca terus, teruskan dengan lapang dada. Saya cuma kongsi dari pengalaman saya. Saya tidak mampu menjadikan anda seorang professional atau jutawan fotografi. Paling tinggi sale sebulan yang pernah saya usahakan dalam mengambil gambar hanyalah RM18000, student saya boleh buat 30k. Dan paling tinggi sale jualan kamera ialah RM250,000 sebulan (dengan untung seciput, tak sampai 3 persen pun, kedai laincan do 1-5 mil per months), dan hasil jualan education, rm19000 sebulan. Looking at these numbers, saya adalah by far so low dari dikatakan sukses. Masih lagi tak mampu menunjuk-nunjuk dengan BMW. Tetapi kalau ada satu perkara yang saya sangat banggakan selepas berhenti dari berkerja makan gaji beberapa tahun lepas ialah, SAYA TELAH BELAJAR BANYAK UNTUK SURVIVE DAN SAYA TAK PERLUKAN ORANG LAIN UNTUK TENTUKAN GAJI SAYA. Dan saya sangat gembira sekiranya tuan-tuan ingin membaca tulisan saya, memahami apa yang saya ingin sampaikan, walaupun saya tidak sebijak mana, cukuplah saya katakan, i've been there, done that. Dan, saya jamin, ianya tidak sukar dilakukan kalau anda mahu belajar setiap hari.
Kebanyakan advice orang lain adalah berkisar kepada modal anda dan mark up strategi. Anda dipinta menukar terus pricing anda 10 kali ganda. Saya tidak fikir kaedah ini betul. Saya ada mengikutinya, its a total crap. Saya ingin berkongsi anda cara yang berlainan, cara yang saya pernah applikasikan dan membuahkan hasil. Cara yang perlahan tapi juga meningkatkan ilmu pengetahuan kita sendiri sedikit demi sedikit. Mari
fikir secara kreatif, apa yang boleh dibuat untuk anda meningkatkan jualan.
Kebanyakan fotografer akan memilih menggunakan Pakej RM500 atau 3 roll atau 4 roll. Saya tidak mahu menukar cara anda caj customer. Saya faham kesukaran menukar strategi ini. Anda harus meneruskan strategi ini kerana anda lebih mahir dan faham cara dan bagaimana pemikiran prospek di kawasan anda. Untuk meningkatkan jualan, bagaimanapun ada teknik yang saya fikirkan, anda boleh gunakan untuk meningkatkan sale anda.
Sesetengah anda, mungkin telahpun di booked melalui teman teman atau sahabat anda, cara words of mouth. Dan selalunya harga juga disebarkan. Sukar nak menukarnya bukan? Sebenarnya amat mudah. Yang penting anda harus berani mencuba teknik yang saya berikan. Bagaimanapun sebelum mencuba saya harus ingatkan bahawa anda mungkin akan menghadapi beberapa kali kegagalan setiap kali cuba meyakinkan customer.
Sentiasalah fikir positif, fikirkan setiap kegagalan akan memberikan anda feedback atau maklumat baru. Dari situ anda boleh fikir dan ubah strategi atau cara yang anda gunakan. Tiada apa dalam dunia ni yang bila kita cuba, akan 100% success pertama kali.
Perkara tidak menjadi seperti kita mahukan memang lumrah semulajadi. Kita tatih dan jatuh jatuh sebelum pandai berjalan. Kita pelat membaca sebelum pantas membaca. Semua itu lumrah, yang penting sentiasalah menyusun strategi baru dan mengubahsuai perbuatan anda.
Sebelum anda mahu menambah strategi pemasaran, anda perlu menetapkan Matlamat anda. Apakah matlamat anda?
Sesetengah orang ingin ada RM50000 saving dalam bank pada hujung tahun, ada juga yang ingin membawa anak isteri ke korea atau ke disneyland atau ke teluk kemang. Apapun matlamatnya, tuliskan matlamat anda ini. TULIS BESAR BESAR dan TULISKAN JUGA BILA anda mahukannya? dengan ada matlamat, lebih mudah anda menetapkan strategi.
Anda tidak boleh memanah kalau tidak ada target. Menulis matlamat, biarlah realistik.
Janganlah tulis anda mahu jadi jutawan hujung bulan ini kalau sekarang sale anda cuma RM500 seminggu. Itu bukanlah matlamat tapi angan angan. Ada bezanya. Lekatkan matlamat ini dalam kereta atau ditempat kerja anda. Setiap kali anda melihat matlamat ini, anda akan kembali teringat kepada matlamat anda dan anda akan kembali on track.
Selepas itu, tuliskan juga perkara perkara yang harus dibuat yang membolehkan anda mencapai matlamat tersebut. Contohnya:
PERKARA PERLU DIBUAT BULAN 10
- - Tingkatkan sale bulan 10 sebanyak 50%, dari RM1000 kepada RM1500
- - Perhebat marketing, hantar iklan ke kedai foto muthu dan kedai foto ah seng.
- - Hantarkan email tawaran promosi Sesi fotografi Anniversary dan Sesi Fotografi Keluarga kepada client lama
- - Follow Up permintaan quotation
- - Tambahkan lensa prime 50mm 1.4 supaya dapat berkerja dalam low light. (Pelaburan)
Tampalkan list ini di tempat tempat yang anda boleh nampak, contohnya pintu bilik kerja atau di dalam bilik air (laminate dahulu). Saya jamin, setiap kali anda melihat list ini, semangat anda akan bertambah dan anda akan semakin kuat berusaha untuk mencapat setiap satu matlamat tersebut.
Pada part kedua, saya akan bercerita teknik seterusnya.
Oh btw, figures di atas nampak sedap? wow, 18000! well.. ehehe. ada masanya its become 0. Tapi insya allah saya akan berkongsi nanti cara untuk mengatasinya.